Jumaat, 27 Mac 2009

ukhuwah...

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah..

setelah penat berhempas pulas untuk kejohanan futsal piala exco KPT....akhirnya dpt jgk aku blk ke umah aku yg best nih...jutaan terima kasih kepada penganjur kejohanan dan barisan exco yg tlh menyumbangkn piala utk menjadi rebutan...team aku hayyu ten kalah penalti suku akhir...aku nih asyik kalah suku akhir je..sblm nih winter futsal pn klh suku akhir jgk...nasib badan (nasib baik la summer futsal aku mng)....haha~ tapi...w/pn aku kalah, matlamat aku msk kejohanan ni tercapai...hehe~ seronok giler...bak kata ust adlan (bakal presiden PMRAM 2010) tujuan kita buat program pertamanya adalah untuk mengeratkn ukhuwah sesama kita..."setiap org islam itu bersaudara".."tidak beriman seseorg itu selagimana die tidak mengasihi saudaranya sebagaimana die mengasihi diri sendiri"...selepas Nabi SAW berhijrah ke madinah, baginda menyatukan antara kaum muhajirin dan kaum ansar...kedua dan ketiganya tanyalah die sbb aku da lupe...hasil yg aku dpt pas lwn futsal tu tentunya ialah aku dpt kwn baru...hehe~ segan lak rase nye bile ramai yg berkata, "eh, ust org t'ganu ke" "xpenah nmpk pn ust kt KPT, ust duk mane??" "mcm biase nmpk ust ni, tp xpenah lak nmpk kt KPT ni"...tu la antara kalam2 yg kuar dr mulut diorg...aku pn tersipu2 malu...mane taknye, hanya dua tiga org je yg knl aku...tp aku just pekakkn telinga je....moto aku dare to fail....maka berbekalkn azam dan semangat yg tinggi, aku join je progrm tu...mencuba untuk berjaya...xtry xthu kn...haha~ cuba utk dapatkn kenalan baru...dan akhirnya....dpt jgk aku kwn2 baru...terharunye...semoga ukhuwah yg terjalin didasari dgn keimanan dan ketawaan kpd Allah SWT...kate org, berkawan biar seribu..bercinta biar satu..tapi laki blh je 4 kn??


nasihat...

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

sebagai panduan kpd kita semua..

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Sabtu, 21 Mac 2009

bersedia utk berdepan dgn yg t'buruk...

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

artikel ni kwn aku yg bg (trime ksh kpd beliau)...jd aku ltk kt sni utk kte kongsi bersama..moga2 kte dpt amik istifadah..

Bersedia untuk berdepan dengan yang terburuk...

Bersedia untuk berdepan dengan yang terburuk. Kita memang patut mengunjur yang terbaik tetapi bersedialah untuk menerima yang terburuk.

Apabila Anda terlalu mengharapkan kebaikan, Anda akan terkejut apabila tiba-tiba menemui keburukan yang tak disangka-sangka datangnya. Apabila Anda terlalu yakin Anda akan patah semangat melihat kegagalan. Kita boleh bersedia untuk menjadi cemerlang dan hebat tetapi kita juga perlu bersedia untuk mendepani yang terburuk. Jadi, bersedialah sentiasa ya.

Anda yakin dengan seseorang. Semestinya Anda yakin dia baik dengan Anda. Kata-katanya lembut, melambangkan hatinya yang bersih. Anda terpesona dengan peribadinya. Bagi Anda, dia seorang pakar yang tidak mungkin akan bermasah dalam menyiapkan kerjanya, sebab dia pakar!

Maka suatu hari Anda menyerahkan tugas kepadanya, kata Anda, "Buatlah, aku tahu jadinya saja". kepercayaan Anda terhadapnya amat padu, kerana adalah seorang pakar pada pandangan mata Anda. Sesudah itu, Anda melupakan kerana Anda yakin, dia tahu buat kerjanya.

Tiba masanya untuk Anda melihat hasil kerjanya, Anda dapati apa yang dijangka meleset sama sekali. Hasil kerja seseorang yang Anda sangat percaya rupanya tidak semana. Anda amat kecewa. Mengapa?

Sebab Anda meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Unjuran Anda terhadap dirinya menggunung dan Anda tidak bersedia untuk menerima yang terburuk atau yang ala kdar, bawah lagi daripada ekspektasi Anda. Tiba-tiba hasil cemerlang yang Anda nakkan seperti yang Anda jangkakan menjadi amat buruk. Kesannya, Anda jadi kecewa sungguh!

Pengajaran dari situasi ini - ketika sedang bersedia menerima yang terbaik, bersedialah untuk mendepani sesuatu yang buruk, bahkan ready untuk mendepani yang terburuk! Anda perlu ada pelan A dan pelan B. jika pelan A tak menjadi, masih ada plan B sebagai back-up...

Jumaat, 20 Mac 2009

sabo je la.....

ni posting kedua aku utk hr ni...

kul 3.00 pagi jumaat..aku nk cerita psl arabians...

kesian pulak aku tgk kt kwn aku ni..da ler xsmp sethn lg duk kt sni...tp da ada prob dgn arab...aku simpati r dgn nasib korg...tu la cabaran korg duk sni....duk kt mesir ni mmg terkenal dgn mehnah dan tribulasinya...teringat lak mse mula aku smp kt sni..abg2 lame ckp...

"ko duk kt mesir ni kne la byk sabo...duk kt sni lg byk cabaran die..name mesir tu sendiri maksudnye mim tu mujahadah..sod tu sabar...ro tu redho..jd nk ke xnk ko da ada kt mesir ni kne la ada tiga2 bande tu..."

cmtu la hidup kt sni...byk cabaran akan kita hadapi...tapi kte kne igt..bumi mesir ni bumi para anbia'..bumi yg penuh dgn barokah...kte ada tuhan..tuhan kte Allah...ble kte kesusahan mintalah tlg drpd-Nya...tp jgn la da susah br nk igt tuhan..banyakkan berdoa....

cite psl kwn aku nih...die n fren kne byr 1200LE kpd tuan rumah..byk tu..2 bulan sewa utk umah aku nih...ni la jadinye kalu da ramai sgt yg jadi org tgh...tu yg sengalnye, org yg buat silap ni xnk lak ganti duit tu..nk jgk malizi yg ganti..diorg igt kte byk duit ke..nsb baik la pihak jam'iah syar'iyah baik...bg zakat kt kitorg tiap2 bulan....huhu~

kpd sahabat aku...banyakkn bersabar dan berdoa..kita baru sedikit diuji di dunia ni....Allah berfirman dlm Quran maksudnya..mintalah pertolongan dgn sabar dan mendirikan solat....dlm ayat yg lain Allah berfirman maksudnya...adakah kamu menyangka yg kamu akan dimasukkn ke syurga tanpa diuji....

begitulah hakikat kehidupan..ijazah terbaik datangnya dari jalanan...dari pengalaman bercakar dan bersalaman...hidup ni kekadang diatas kekadang dibawah...teringat lak aku kt lirik lagu mantera beradu (m.nasir ft. malique)...

lirik die cmni.....


masih belum sempurna...

Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Yo!..Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah alang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...

mereka berjaulah....

Mereka berjaulah…mereka berjalan…mereka makan angin….semuanya adalah satu makna…..alangkah seronoknye bilamane kita dapat berjalan2 dalam keadaan semuanya ditanggung….tp mmg xsronok bilamane kite kene bekerja sambil berjalan…
Begitulah hakikatnye…mereka berjaulah bukan untuk berseronok…tetapi mereka berjaulah adalah untuk menyelesaikan permasalahan umat…permasalahan rakyat2 mereka…permasalahan ahli2 mereka….permasalahan kita semua….mereka berjalan sambil bekerja…..bkn utk berseronok dan juga bukan utk berfoya2….terima kasih diucapkan kepada mereka…...

Semalam aku diminta utk hadirkan diri ke rumah ust faizal (x-pengarah eksekutif minda)….pening kepala aku duk pikir…nk pegi ke xnk..nk ke xnk….sbbnye aku ada perbincangan ttg study group aku…mane lebih aula….pegi sane atau study group??? last2 aku buat keputusan utk xnk pegi sbb aku nk g perbncagn study group….aku rase study lbh aula drpd g sane…haha…ttbe semangat lak aku nk study time tu….bgs2…smoga semangat tu berkekalan….

Tgh aku siap2 nk g study ttbe lak member aku dtg….

“wei ko x g umah ust faizal ke??”

“xpegi la…malas…aku nk g study…lgpn bknnye ada pape pn kt sane”

“Bgs2…ko pegi la study….study elok2….xyah fikir psl mslh umat…xyah bermasyrakat pn xpe…ko hidup la sorg2…xyah amik thu psl lain…xyah thu ape yg berlaku kt mesir ni…”

Xpsl2 lak member aku ni naik angin….kne ceramah free aku smlm…haha~ terima kasih kepada penceramah….

“ko thu x pegawai dgn ajkt dtg kt umah ust faizal tu…diorg dtg bkn saje2…diorg dtg utk tlg kite…nk bg kte sng blajo kt sni…diorg nk bincang nk amik thu psl kite…kot2 ko ada mslh ke…pegi r sane ngadu kt diorg….ko kn pelajar bermasalah…elok la ko g sane ngadu kt diorg….jgn pentingkn diri sendiri je…ko blajo utk diri ko…tp klu ko g sane ko dpt menyelesaikn mslh umat….mane lg aula…ko piker la sndr…lg satu diorg nk bg zakat kt kte”

Zakat??...fuh~ aku mmg xleh dgr perkataan zakat nih…bkn aku je…prg lain pn cmtu jgk…rupe2nye diorg dtg nk bgthu yg zakat da msk…srnknye…huhu~

Tamat la sudah ceramah member aku td…terima kasih diucapkn kerana memperingati aku…terutamanya psl zakat…hehe~ Maka pergilah aku ke sane dgn tujuan utk amik zakat….cmni la manusia….pantang dgr psl duit cpt je…haha~ insaf skejap……

Aku sampai kt sane je, semua da ada…segan giler aku dibuatnye…terlewat rupenye…tetamu tggu tuan rumah…huhu…ma’alish r…xsngaja…kesian lak aku tgk korg sume…masing2 muke kepenatan…..

Tepat jam 9mlm program dimulakn…pengerusi majlis membebel skjp…kemudian ust aziz (ydp bkasm) berucap…

“saya saudara kamu dalam islam…name sy abd aziz akhimullah n bla.. bla.. bla…”

“terima kasih atas kehadiran antum semua….tujuan kami dtg ke Damanhur ini bukan saje2.. kami beserta pegawai ni dtg utk sesi muhasabah separa penggal dan utk membincangkn permasalahan2 antum semua…”

Kemudian pegawai hep lak berucap…ini yg di tggu2 kn…

“saya ust abd halim….pegawai baru kamu disini….sy nk bgthu zakat da masuk…jd kamu semua blh la tuntut dgn saya bermula esok…”

Wah…seronok sungguh aku mendengarnye….haha~

Pas2 die umum lg….

“Kepada pelajar2 slgr yg thn 4 kamu blh tuntut claim tiket bila blk nnt… kamu juga blh claim duit bila buku sbyk rm1000…disamping itu bg anak2 selangor kite ada peruntukan utk buat progrm di DPM dan di BKAN…kita juga ada menyediakn dana khas bg membantu pelajar2 yg dlm kesusahan…kerajaan negeri telah menyuntik dana sebanyak rm10,000 kpd MSD”

Mmg srnk giler r aku mendngrnye….haha~ selesai beberape pengumuman dibuat majlis diteruskn dgn sesi soal jawab…

Mase yg ditunggukn..mase utk mengkritik mereka…haha~ tp kritikan yg membina…erm…rupe2nye bermasalah mereka semua ni…mcm2 isu yg timbul…antaranya…

~isu keselamatan (bawab arab yg x blh dipercayai)

~bil elektrik yg tggi (penipuan arab)

~isu pinjam barang (qoror yg xbest)

~penempatan pelajar muhafazoh (alasan xnk blk kaherah..haha)

~ dll….

Akhrnye…pas sume persoaln terjawab, mase utk mkn…sedap jgk yek ust duen msk…mmg tahap chef kt hotel r…haha…pas mkn, dgn riang rianya aku blk ke rumah…time ksh kpd pembayar zakat Selangor…trime kasih jgk kpd korg sume ajkt BKASM n pegawai sbb tlg memudahkn kitorg survive idop kt sini….smoga tuhan merahmati usaha kalian semua….
Dan mlm ni….ajkt Kelantan lak dtg umah aku ats tujuan yg same….awok2 klate jepuk mari blako umoh kawe deh pete ni pah aso….lepas ni ajkt mane lak nk dtg……..

Rabu, 18 Mac 2009

kenapa aku jadi blogger??

Assalamualaikum….

Ahlan wa sahlan kpd anda…anda mungkin antara yg terawal mengunjungi blog ni…terima kasih di ucapkn…

Pertamanya marilah kita memanjatkn kesyukuran kite kpd Allah swt krn dgn izinya dpt kite meneruskn hidup di buminya ini dgn bernikmatkn islam dan iman….yg mane keduanya adalah nikmat yg paling besar yg perlu kita syukuri…ape khabar iman kita hari ini?? Yazid atau yankus?....harap2 ianya yazid (ko jgn perasan ye yazid) dan hari ini lebih baik daripada hari-hari semalam…

Kembali kepada tajuk asl posting ini…ape yg aku nk tulis bknlah psl nikmat ataupun psl iman…ape yg aku nk posting sbnrnye pn aku xthu da…tp utk permulaannya..aku nk ceritakn beberapa persoaln tentang aku dan blog ni..

Pertama: sape aku…

Kedua: kenapa aku buat blog ni…

Ketiga: ape tujuan blog ni aku buat..

Keempat: ape motif blog ni dibuat oleh aku…

Kelima: kenapa blog ni diciptakan utk aku…

segala persoaln diatas blh dijawab dlm satu jawapan…segalanya adalah disebabkn kekeliruan yg timbul akibat dari diri aku yg keboringan walaupn tiada istilah boring dalam kamus hidup seorang pelajar..haha~…dan jawapannya adalah aku ingin menulis dan menaip…agak sekian lamenye aku meninggalkn bidang menaip…rindu la plk rasenye nk menaip assignment..haha~

sebenarnya semua alsan ini adalah antara alasan2 yg sering para blogger berikan…kerana blog di ciptakan utk org menulis, menaip dan menyampaikn sesuatu…jd kita sebgai blogger kena la menulis, menaip dan menyampaikn…menyampaikan ape yg kita ingin sampaikn….bukankah menyampaikn itu salah satu drpd sifat2 Nabi junjungan kita Muhammad SAW…Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatonah...maka dengan itu, kita sebagai umat Muhammad mestilah bersifat dgn sifat2 yg ada pada baginda…

MENYAMPAIKAN…

ya menyampaikan…seperti ape yg aku katakn tadi..menyampaikn ape saje yg kite ingin sampaikn…sampaikn kepada mereka yg memerlukan penyampaian...bukankah ini juga salah satu cara untuk berdakwah?? berdakwah dgn cara menulis dan menyeru kpd islam dan kebenaran…walaupun kebenaran akan tertegak, tetapi jika kita tidak menegakannya masakan ianya akan tertegak dgn sendiri?? menegakkn kebenaran adalah perkara yg baik..dan sudah tentu menyampaikn sesuatu yg baik akan mendapat pahala..bilamana kita mendapat pahala kita akan masuk syurga...baik atau tidak semuanya bergantung pada niat kita…dan kite akan mendapat balasan yg setimpal dgn ape yg kite kerjakn….

Jadi kesimpulannya…setiap gerak kerja kita mestilah berpaksikan dan berpandukan kepada landasan dan niat yang betul…Al-Quran dan Sunnah dijadikan penyuluh kepada kebenaran…Melalui blog, kita mampu untuk menegakkan kebenaran dan seterusnya membetulkan kesalahan orang lain secara berhikmat dan berhikmah…moga2 ape yg kite usahakn ini mendapat keredhoan dari yang Maha Esa…


Bukan Kerana Nama...

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu