Ahad, 21 Jun 2009

penantian yg berakhir~

penantian mmg satu penyeksaan...
tp die xde la seteruk penantian kt akhirat nnt...
hari yg tiada gunanye harta dan anak2...

penantian yg da sudah berakhir~

..exam..
pnt exam slame lbh kurg 2 bln...lame giler...
doakn smoga berjaya~

..mse syafawi td..
tggu Dr. dtg utk syafawi..
kul 11 br start exam..
tup tup 10 org skali exam...
xsmp 10 mnt da hbs syafawi, haha~

..amik zakat..
sluruh wrga damanhur turun utk amik zakat kt jam'ieyah..
bratur lame giler..
tgk2 dpt 50 je..
bersyukur ats rezeki kurniaan tuhan~
..menunggu 26/6..
xsabar...
pasti menyeronokan~

BEBAS


n

selamat hari bapa
~ayah with love..trima ksh ats sgalanya~

Khamis, 18 Jun 2009

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

Rabu, 17 Jun 2009

merdekakah kita~


alhamdulillah...tu la perkattan pertama yg kuar dr mulut aku hr tu...lega skit rasenya...at least beban da kurang..dengki lak rase tgk org lain sdg bergembira..tapi peringatan utk korg sume...jgn leka dgn dunia anda..kita belum tahu ape yg berlaku esok hari...maka bersedialah utk menghadapinya...

gunakanlah masa yg ada dengan sebaiknya...manfaatkan masa yang ada..time skrg ni mcm progrm sedang dirancang, jadi silalah sibukkan diri anda dgn progrm2 itu...lupakan tentang tido, movie dan games...

seorng bdk umo 11 tahun berkata "I feel it's a waste of time playing video games because it's not helping humanity in any way,"

kita ada tiga bulan utk menambahkn ilmu...gunakan ia untuk manfaat umat islam di mesia n dunia...manfaatkan hidup anda untuk org lain...berbaktilah kpd mereka yg memerlukan anda~

sekian dulu peringatan dr aku utk korg sume yg sedang merayakan hari kemerdekaan dan juga untuk aku yang akan merdeka~



Selasa, 16 Jun 2009

zakat untuk mereka~

sambungan cite ttg syarifah...tp sblm tu nk bgthu aku xde kne mngena dgn keturunan ni..jgn salah anggap...bukan nk mengata dan bukan juga nk memuji...cume nk bercerita ttg golongan ni..sebabnya ada org bertanya ttg golongan ni...

jadi, berkenaan dgn pengharaman zakat keatas keluarga baginda SAW..

ceritanya begini...

- zakat diharamkan pemberiannya keatas Nabi dan ahli keluarganya..baca hadis2 kt bawah ni...

1. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya zakat tidak halal bagi Muhammad dan tidak halal bagi keluarganya. Sesungguhnya zakat adalah daki2 manusia.”(Hr Muslim dan Ahmad)

2. Nabi s.a.w bersabda:

“Dan sesungguhnya kami ahli bait tidak halal memakan harta zakat.”(Hr Abu Daud)

- jadi...siapakah ahli keluarga nabi itu??

Terdapat pelbagai pendapat dlm perkara ini seperti berikut:
1. Mereka adalah Banu hashim dan Banu Muttolib. (Mazhab Syafie dan ulama2 lain)
2. Mereka adalah Banu Hashim sahaja. (Abu Hanifah, Malik dan al-Hadawiyah)
3. Mereka adalah Banu Muttalib sahaja. (Salah satu riwayat dlm mazhab Hambali)
4. Mereka adalah golongan Banu Hashim semasa Nabi s.a.w hidup sahaja. (Muhammad dari mazhab Hanafi)

maka, golongan syed termasuk dlm keluarga Nabi kerana mereka datangnya dari Bani Hashim dan Bani Abdul Muttolib daripada puak Quraish...

- jadi, keluarga Nabi diharamkan mendapat zakat kerana mereka telah mendapat satu perlima dari harta rampasan perang...

- pendapat ulama' tentang hukum ini...

secara umum, pendapat yang masyhur dalam Madzhab Syafi’i tidak membolehkan...tetapi ada ulama' yg membolehkannya...

fatwa Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husin bin Umar Al-Masyhur, mufti Hadramaut, disebutkan “Jumhur ulama syafii’yah sepakat untuk melarang seseorang memberikan zakat kepada ahli bait nabi …….. (sampai) pendapat ini yang paling sahih, tapi banyak para ulama dari Madzhab Syafii’yah baik yang dahulu maupun yang datang kemudian membolehkannya jika khumusul khumus tidak sampai kepada mereka...

Di antara para ulama tersebut adalah: Isthokhori, Harawi, Ibnu Yahya, dan Ibnu Abu Hurairah. Dan mereka yang memfatwakan dan mengamalkan fatwanya adalah Fakhrur Razi, Qadhi Husin, Ibnu Syukail, Ibnu Ziyad, Nasyiri, dan Ibnu Muthir. Al-Asykhor mengatakan bahwa mereka yang disebutkan di atas adalah para imam yang agung, ucapannya mempunyai dasar yang kuat, mereka boleh diikuti, dan taklidnya itu terhitung sebagai taklid yang sahih dengan syarat untuk keadaan darurat...

pendapat Dr. Yusuf Qardawi...aku berpendapat bahawa pendapat yg memberikan zakat kepada ahli keluarga Nabi s.a.w pada zaman sekarang adalah dibenarkan kerana mereka sekarang tidak mendapat satu perlima bahagian harta rampasan perang (ghanima dan fai’e) yg mana mereka telah memperolehinya di zaman Nabi SAW..

imam abu hanifah berpendapat harus mengagihkan zakat kepada keluarga Nabi SAW untuk meraikan maslahat yg berlaku dan menghalang kesusahan yg bakal berlaku...beliau berhujah atas jalan istihsan dengan maslahat..

Rabu, 10 Jun 2009

kepadamu Syarifah~

sebagaimana yg kita tahu, Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi terakhir yg diutuskan..baginda adalah manusia yg paling byk ditulis bibliografinya...kerana baginda adalah seorg yg paling mulia dikalangan manusia..oleh kerana sifat kemuliaannya, baginda menjadi contoh tauladan kpd kita semua...

walaupn baginda adalah contoh ikutan yg baik, tetapi tidaklah kita semua mengikuti peribadi baginda...kemuliaan baginda telah mewariskan kpd kita keturunan2 yg baik..

dalam satu hadis yg menerangkan ttg galakan utk berkahwin, nabi menyebut sifat2 yg perlu dipilih oleh lelaki...antaranya adalah keturunan..pilihlah keturunan2 yg mulia utk meninggalkan warisan yg mulia kpd agama yg mulia...

hari ini, golongan syed adalah dikatakan keturunan yg berasal drpd baginda..jika dikaji, salasilah keturunan ini sampai kpd Rasulullah saw..keturunan ini datangnya dari Bani Hashim dan Bani Abdul Muttolib daripada puak Quraish..ulamak2 telah sepakat dalam mengatakan bahawa keturunan yang paling mulia ialah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttolib daripada puak Quraish dari kerana inilah keturunan Rasulullah saw..maka dari situlah mereka dikatakan keturunan yang mulia..

akan tetapi maksud mulia disini ialah mulia disisi manusia itu sendiri jika dibandingkan dengan keturunan2 yg lain spt raja, tengku dll...bukan bermakna manusia yang paling mulia disisi Allah swt...adapun manusia yang paling mulia disisi Allah swt ialah manusia yang paling taqwa kepada Allah swt sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran hadis2 yang soheh...

oleh itu Syed dan syarifah sahaja belum tentu mulia disi Allah swt jika mereka tidak taqwa kepada Allah swt...maknanya kalau nama saja syed atau syarifah tetapi derhaka kepada Allah swt maka keturunan lain lebih mulia dari mereka apabila taat kepada Allah swt...

Cukuplah sebuah hadith sebagai pengajaran dimana baginda bersabda yang bermaksud: "Syurga itu bagi mereka yang taat sekalipun keturunan hamba lagi hitam kulitnya..manakala neraka itu bagi mereka yang derhaka walaupun daripada keturunan Syed dari bangsa Quraish."

*bersambung ^_^

Ahad, 7 Jun 2009

muqoron yg berbeza~

hari ni hari ahad...hari cuti kt mesia dan hari skolah kt mesir..selesai sudah exam fiqh muqoron..satu paper yg agak payah..ia akan jadi semakin payah bile x study..maka cara yg terbaik utk bg jd senang kne la study...pasni kne la study lg utk exam fiqh muqoron lg satu..asl ada dua madah fiqh muqoron??hanya mereka saja yg tahu~

mmg memenatkan..terlalu byk khilaf yg berlaku..kesemuanya ingin mengemukakn pendapat masing-masing dlm berhujah...aku kate xboleh..ko lak kate blh..dtg lak si dia kate kdg2 blh, kdg2 xlbh..mane satu yg btl ni??maka kne la tgk dalil2 yg dikemukakn...slps bincang2 akn ada satu perdapat yg btl..tp xbermakna pendapat yg lain tu salah...p'dapat tu die jd btl kerana li quwwati adillatihim wa salamatuha wa sihhatuha min mu'arodoh wa do'fu adillah mukhallafin~

hari ini, byk persilihan telah berlaku...semuanya nk tegakkn kebenaran...bagi die, pendapat die sorg je yg btl..yg lain sumenye salah..menang pn masalah, kalah pn masalah..dari sudut agama, ni la yg dikatakn taksub mazhab...mmg la kite kne b'pegang pada satu mazhab je..tapi jgn la smp kite tolak bulat2 pendapat lain...

perlu berlapang dada dlm terima pendapat...lbh2 lg pendapat yg berbeza dgn pendapat kita..tp dlm keterbukaan menerima pendapat, jgn la pulak kita terlalu terbuka...spm sume mazhab kite amalkn...amik wuhdu' cara maliki, solat cara hambali, baca fatihah ikut hanafi, pas hbs solat ikut wahabi...ada ke jns org yg buat cmni??tak mustahil...

cth yg berlaku kt mesir ni...diorg kawin ikut mazhab syafie..bab muamalat ikut hanafi..bab lain ikut mazhab lain pulak...ni la yg berlaku...agama tu mmg mudah...tp jgn la terlalu amik mudah..silap2 mudah je kte nk msk neraka...

islam itu agama yg mudah..sbb tu byk mazhab yg timbul...pengasas mazhab yg 4..diorg tu bukan calang2 org...belajar b'puluh2 tahun, siang mlm duk tulis kitab..kita yg duk beramal ni suke2 je bertaklid ikut suka..

islam larang kita b'selisih pendapat..dlm quran Allah ada igtkn supaya jgn berselisih faham..dlm ayat lain lak Allah sebut kalu da berselisih kembali la kpd quran dan hadis..tp dr sudut yg lain, Nabi sebut khilaf umatku adalah rahmat...jd kne la pastikn btl2 mane satu khilaf yg rahmat dan mane satu khilaf yg bala..

Selasa, 2 Jun 2009

pisang emas dibawa belayar~

masa, masa, masa...masa itu emas..emas itu bernilai..bernilai itu diut..duit itu??da lupe, kne buke buku qohdoya balik...

knp masih ramai antara kita masih belum bijak utk membahagikan masa...kita diberikan mase tapi lebih suka buang cmtu je..ibarat mcm org bg emas pastu kite buang cmtu je..rugi beb...

bab2 cmni bukannya org xthu..kalu yg da hidup 22thn tu blh kate da muak bile ckp psl mase...tp cmtu r..tahu tapi xsedar...knp x sdr?? sbb xnk sedar...

zaman dulu lg nabi da sebut..2 nikmat yg slalu org lupe: masa lapang n mase sihat...mmg sikap manusia cmtu...bila da terhantuk baru tengadah..

byk da yg tercatat dlm sejarah psl benda ni...tapi masih belum di ambil utk dijadikan iktibar..knp?? sbb xnk...kalu nk da lame da insaf...

masa dapat dimanfaatkan kalu buat perancangn elok2..cmner nk hadapi 3 benda penting dlm mase 2 minggu..dalam hal ni kne kuatkan semangat...mse starting mmg semangat smp xhirau pape...tp lame2 da jdi semakin leka...leka dgn nikmat yg tuhan bagi...apakah ini istidraj??

*jgn kerana satu jam kita rugi setahun~

Isnin, 1 Jun 2009

wajhu iktifak antara sejarah dan bubur nasi~

hari ini dan semalam...semalam yang penuh dgn memori dan esok satu misteri..semalam yg pergi telah menjadi sejarah dalam hidup ini..apa yang berlaku di hari ini mesti diteruskan dan pastinya ianya akan terlakar menjadi sebuah sejarah...walaupun tidaklah sehebat sejarah islam menguasai sepertiga dunia, ia tetap menjadi sejarah dalam diri kita..

apakah ia sejarah?? -geleng kepala- sejarah: subjek paling xbest dlm SPM..akibatnya ramai yang buta sejarah w/pn tidaklah semua..inilah yang berlaku bila kita bercakap mengenai sejarah..ramai yang akan kata tak tahu..sejarah itu ape yang telah berlaku...murakkib mase exam semalam telah menjadi satu sejarah..kekalahan MU kepada Barca telah menjadi satu sejarah...

sejarah xkan berubah..tetapi kita boleh untuk merubah sejarah...hanya perlu jadikan ia sebagai iktibar dan panduan dalam kehidupan kita..kadangkala sejarah perlu diubah..

dalam hidup mesti ada sejarah semalam dan realiti hari ni..hakikatnya manusia perlu berubah..jangan bagi sejarah semalam menghantui diri kita...jangan biarkan diri kita diselubungi misteri~

nasi dah jadi bubur..tapi bubur pn sedap jgk kalau mkn dgn bilis goreng..lagi sedap kalu dpt mkn dgn family...

kesimpulan: sejarah semalam perlu diubah biar dapat makan bubur dgn family~