Sabtu, 30 Mei 2009

esok exam~

hari ni da hari sabtu da...dua hari berlalu cmtu je..rase sedih pn ada la jgk..tapi apekan daya..semunye gara-gara xdpt nk serap tekanan yg berlaku...

esok hr ahad..hampir sebulan da aku exam..ada la dalam 5 madah yg da exam..tapi aku pun xthu knp hari ni aku rase hari plg tension semenjak aku exam ni...

esok exam usul fiqh...madah plg susah bg aku dlm thn 4 ni...buku setebal 400 m/s perlu dihabiskan..n hafal mane yg patut..satu2nya madah yg kullu muqoror (ayat yg plg seram time exam)..silap2 otak blh mereng kalu hafal sume 400 m/s...xpenah dibuat org..

ni la penangan Dr. Ibrahim Qondil...time kuliah baik je die..siap blh melawak lg..ckp melayu plk tu...tabik r dr..smoga ALLAH lembutkan hati beliau utk bg lulus..

pas exam esok pastinye seronok sbb aku ada mase lbh kurg seminggu utk study fiqh muqoron...madah ni xde la payah sgt...w/pn xsusah, tapi madah ni la aku fail thn lepas..aku pn heran da...tapi xpe aku akan


Khamis, 21 Mei 2009

bile da bosan...

time exam ni boring jgk kalu asyik ngadap buku je...so bile da tension study maka aku ngadap la komputer..aku blh je idup, tp susah skit la nk idup tanpa komputer...

skrg ni kn zaman it..dunia kt hujung jari...tp jgn la tersilap langkah...buka benda yang pelik2..jd bile da boring study aku ngadap la dua bende ni

mybrute

n
x11

dua bende ni
BEST
haha~



Rabu, 20 Mei 2009

solo fighter~

kadangkala kita xperlu mengharapkan jasa orang lain untuk kita teruskan hidup..
tapi lumrah kehidupan memang saling memerlukan antara satu sama lain...
kenapa mengharapkan orang melakukannya..
sedangkan kita sendiri boleh melakukannya...
tetapi kenapa tidak kita lakukannya..

kita dituntut untuk melakukan kebaikan..
kita disuruh untuk menolong orang...
kita diajar supaya berbakti..

melakukan kebaikan akan mendapat pahala..
menolong orang juga mendapat pahala..
berbakti untuk masyarakat juga mendapat pahala...

tetapi kenapa susah bagi kita untuk melakukannya...
apelah yang diharapkan dari orang lain...
ape yang ada pada mereka...
berusahalah untuk melakukan..

kita perlu melakukan sesuatu untuk kita berjaya..
berusahalah sehingga berjaya...
usaha setaraf maqbul tidak akan mendapat hasil yang mumtaz..

*solo fighter~

Ahad, 17 Mei 2009

.::masa untuk EXAM::.

dalam hidup ni xde benda yg senang..macam2 cabaran dan dugaan yang datang...tapi untuk teruskn hidup, nk xnk kne la tempuh sume benda2 tu..berjaya ataupun tidak, tu cerita lain...

hidup ini ujian...ujian akan datang dgn bermacam2 cara..jika kita seorg pelajar, ujian paling besar untuk kita adalah EXAM..cabaran yang perlu ditempuh untuk mengatahui sejauh mana kemampuan kita..

kita akan dianggap sebagai hebat jika kita dapat melepasi ujian tersebut...tetapi jika kita gagal, tidak bermakna kita tidak hebat..bukan semua yang berjaya dalam exam mempunyai ilmu yang cukup tinggi..kadangkala yang gagal itulah lebih berilmu..

exam merupakan salah satu cara untuk kita belajar dengan lebih hebat...ketika exam, kita akan menggunakan sepenuh masa kita untuk menghadap buku..pagi petang siang malam hidup dengan buku...buku adalah segala-galanya..tetapi keadaan itu hanyalah ketika fatrah exam sahaja..itulah hakikatnya...

buku-buku setebal 200-300 halaman akan direbus, diperah dan diminum airnya semata-mata untuk dimuntahkan kembali di dalam dewan exam...maka akan penuhlah kertas-kertas jawapan dengan muntahan-muntahan air rebusan buku...

disitulah kehebatan anda diuji...tetapi amatlah menyedihkan bilamana terdengar kata-kata seperti:

"aku malas la nk exam...aku datang sni nk belajar je...xnk exam"

"exam tu ape la sgt...stakat untuk dapat sijil..bukannya blh bwk masuk syurga pn sijil tu"

"aku da xleh nk tumpu exam r..asyik fikir nk blk mesia je"

agak menyedihkan bila kalam-kalam ini dituturkan..tetapi itulah hakikatnya..dan kesabaran pastinye teruji lagi bila mendengarkan perihal pulang ke malaysia...namun itu bukanlah perkara yang utama...paling utama adalah bagaimana cara yang boleh aku buat untuk lulus exam dan seterusnya balik ke malaysia..

jalannya sudah ada untuk kita dan masanya sudah pun tiba..ape yang perlu dilakukan adalah

STUDY

maka, silalah kembali kepada meja study anda dan teruskan usaha anda untuk berjaya~


*peringtan buat muhasabah..Sedarlah....kita tidak dilahirkan kerana kebetulan.. kita memang dilahirkan atau diutuskan oleh Allah dengan situasi yang penuh tribulasi masakini.. kitalah orangnya.. kitalah rijalnya.. Jika tidak merancang untuk menuntut ilmu,sebenarnya kita merancang untuk menjadi jahil.. Kalau kita tidak merancang untuk kesyurga,kita menempah neraka.. Kalau kita tak merancang untuk meningkatkan keimanan,sebenarnya kita merancang untuk meningkatkan kekufuran..

Rabu, 6 Mei 2009

masanya semakin hampir~

fuh~ sedih bila mengenangkan pada yg telah pergi...lagi sedih bila die pergi cmtu je..selamber je die bla...tapi apakan daya...yg da pergi tetap pergi dan xkan kembali lg...knp perlu dikenangkn kpd yg da tiada....


masa ibarat nyawa bagi manusia..
mestilah diurus dgn bijaksana..
hargailah masa dgn sebaiknya...
supaya tidak rugi...
renungilah masa yg telah berlalu...
ia tak akan blh datang kembali...
ambillah iktibar utntuk diteladani...
agar terbentuk peribadi yg murni....

masa terus pergi dan berlalu..namun apakah kita telah menggunakn dgn sebaiknya...exam semakin hampir..tentunya setiap detik adalah sangat berharga..tiada lagi masa untuk kita berhibur...tiada lg masa untuk kita membuat perkara2 yg tidak berfaedah...tinggalkanla segera perkara2 tersebut..jauhkanlah semua perkara2 yg boleh membuang mase anda...ingatlah kegagalan kita untuk menguruskan masa pada hari ini akan menyebabkan kita membuang masa setahun yg akan datang...sesuatu yg tidak sanggup untuk aku lakukan...dalam masa setahun akan datang, macam perkara boleh kita lakukan...amik master, perkukuhkan ilmu bahasa dll...

adakah kau sanggup untuk mengulangi apa yg telah kau lakukan sekarang buat kali keduanya??jika kau sanggup bermakna kau sanggup untuk gagal...berani gagal tak bermakna kau sanggup untuk gagal...kau haruslah mencuba sehingga berjaya....berusaha dan terus berusaha...berusahalah selagi termampu..usaha sekuat yg boleh...kemudian barulah bertawakal kepada-Nya...ikhlaskanlah niat kerana Allah...duduklah anda didalam dunia realiti dan bukannya fantasi..sekadar untuk peringatan...peringatan semalam membuatkan aku terbangun...

Baru aku sedar...
kegagalan itu memeritkan,
kegagalan itu meletihkan,
kegagalan itu mencuri masa,
kegagalan itu ada kalanya membuat orang lain kecewa.

Baru aku sedar...
aku yang masih di sini,
aku tidak sendiri,
aku, masih ada yang menunggu kepulanganku,
aku hanya dapat melihat.

Baru aku sedar...
hidup ini tak selalunya indah,
hidup ini tak semestinya seperti apa yang dicita,
hidup ini tak lepas dari kegagalan,
hidup ini usaha dan tawakkal.

"Ya Allah, Engkau tuhan kami..tiada tuhan yg kami sembah melainkan engkau...wahai Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Kau berikanlah kami kejayaan dalam imtihan...kurniakanlaah kepada kami kekuatan untuk kami menempuh hari-hari mu Ya Allah..kuatkanlah semangat kami, tetapkanlah iman kami, berikanlah kami petunjuk dan permudahkanlah segala urusan-urusan kami ya Allah.."