Ahad, 2 Mei 2010

penemuan baru...

salam alaik...satu perkongsian kepada anda semua...beberapa istilah-istilah fiqh yang telah lama wujud tetapi hanya aku yang baru tahu tentangnya..walaupun telah lama belajar tentang fiqh, tapi aku baru tahu tentang istilah-istilah ini..kesimpulannya adalah "AKU MESTI TERUS BELAJAR SUPAYA TAHU"...

secara ringkasnya tentang beberapa istilah ilmu fiqh dan bidang tugasnya:

1. qawaid fiqhiyyah : mengumpulkan segala perkara-perkara furu' dari pelbagai topik untuk dijadikan asas dalam menentukan hukum..contohnya: 'kayakinan menggugurkan keraguan'

2. dhowabit fiqhiyyah : mengumpulkan segala kaedah tetapi hanya pada satu topik. seperti bab solat jamak. maka akan dikumpulkan segala dalil-dalil yang memaklumkan tentang undang-undang dalam bab berkenaan.

3. nazoriyat fiqhiyyah : membincangkan dan merungkaikan tentang satu-satu topik berkenaan segala unsur fiqh yang berkaitan dengan topik tersebut. contohnya: dalam bab solat jamak. maka dibincangkan tentang rukun, syarat dan sebagainya dalam pelaksanaan solat jamak.

4. maqasid syar'iyyah : menceritakan tentang tujuan-tujuan dan hikmah dalam setiap hukum. contohnya: solat jamak dibolehkan adalah untuk memudahkan orang bermusafir.

5. qawaid usuliyyah : ianya lebih umum daripada qawaid fiqh. ia membincangkan tentang semua perkara. berbeza dengan qawaid fiqh yang hanya membincangkan berkenaan dengan hukum fiqh sahaja. bermula daripada qawaid usuliyyah inilah timbulnya fiqh dan seterusnya menimbulkan qawaid fiqh.

nazoriyat fiqhiyyah dan maqasid syar'iyyah bukanlah satu ilmu yang baru. akan tetapi ramai yang tidak tahu akan ilmu ini.

*aku sedang tertarik dengan nazoriyat dan maqasid