Selasa, 16 Jun 2009

zakat untuk mereka~

sambungan cite ttg syarifah...tp sblm tu nk bgthu aku xde kne mngena dgn keturunan ni..jgn salah anggap...bukan nk mengata dan bukan juga nk memuji...cume nk bercerita ttg golongan ni..sebabnya ada org bertanya ttg golongan ni...

jadi, berkenaan dgn pengharaman zakat keatas keluarga baginda SAW..

ceritanya begini...

- zakat diharamkan pemberiannya keatas Nabi dan ahli keluarganya..baca hadis2 kt bawah ni...

1. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya zakat tidak halal bagi Muhammad dan tidak halal bagi keluarganya. Sesungguhnya zakat adalah daki2 manusia.”(Hr Muslim dan Ahmad)

2. Nabi s.a.w bersabda:

“Dan sesungguhnya kami ahli bait tidak halal memakan harta zakat.”(Hr Abu Daud)

- jadi...siapakah ahli keluarga nabi itu??

Terdapat pelbagai pendapat dlm perkara ini seperti berikut:
1. Mereka adalah Banu hashim dan Banu Muttolib. (Mazhab Syafie dan ulama2 lain)
2. Mereka adalah Banu Hashim sahaja. (Abu Hanifah, Malik dan al-Hadawiyah)
3. Mereka adalah Banu Muttalib sahaja. (Salah satu riwayat dlm mazhab Hambali)
4. Mereka adalah golongan Banu Hashim semasa Nabi s.a.w hidup sahaja. (Muhammad dari mazhab Hanafi)

maka, golongan syed termasuk dlm keluarga Nabi kerana mereka datangnya dari Bani Hashim dan Bani Abdul Muttolib daripada puak Quraish...

- jadi, keluarga Nabi diharamkan mendapat zakat kerana mereka telah mendapat satu perlima dari harta rampasan perang...

- pendapat ulama' tentang hukum ini...

secara umum, pendapat yang masyhur dalam Madzhab Syafi’i tidak membolehkan...tetapi ada ulama' yg membolehkannya...

fatwa Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husin bin Umar Al-Masyhur, mufti Hadramaut, disebutkan “Jumhur ulama syafii’yah sepakat untuk melarang seseorang memberikan zakat kepada ahli bait nabi …….. (sampai) pendapat ini yang paling sahih, tapi banyak para ulama dari Madzhab Syafii’yah baik yang dahulu maupun yang datang kemudian membolehkannya jika khumusul khumus tidak sampai kepada mereka...

Di antara para ulama tersebut adalah: Isthokhori, Harawi, Ibnu Yahya, dan Ibnu Abu Hurairah. Dan mereka yang memfatwakan dan mengamalkan fatwanya adalah Fakhrur Razi, Qadhi Husin, Ibnu Syukail, Ibnu Ziyad, Nasyiri, dan Ibnu Muthir. Al-Asykhor mengatakan bahwa mereka yang disebutkan di atas adalah para imam yang agung, ucapannya mempunyai dasar yang kuat, mereka boleh diikuti, dan taklidnya itu terhitung sebagai taklid yang sahih dengan syarat untuk keadaan darurat...

pendapat Dr. Yusuf Qardawi...aku berpendapat bahawa pendapat yg memberikan zakat kepada ahli keluarga Nabi s.a.w pada zaman sekarang adalah dibenarkan kerana mereka sekarang tidak mendapat satu perlima bahagian harta rampasan perang (ghanima dan fai’e) yg mana mereka telah memperolehinya di zaman Nabi SAW..

imam abu hanifah berpendapat harus mengagihkan zakat kepada keluarga Nabi SAW untuk meraikan maslahat yg berlaku dan menghalang kesusahan yg bakal berlaku...beliau berhujah atas jalan istihsan dengan maslahat..

Tiada ulasan: