Rabu, 30 Jun 2010

İslami şeriat

Agama Islam adalah satu agama fitrah. Agama yang diturunkan oleh Tuhan kepada seluruh umat manusia. Ianya diturunkan adalah untuk memanusiakan manusia dan seterusnya menjadikan matlamat penciptaan manusia itu menjadi satu realiti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku".

Manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini hanyalah bermatlamatkan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Pengabdian ini bukanlah hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Bahkan skop pengabdian ini adalah lebih luas dan ianya merangkumi segala aspek perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Segala pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah jika ianya menepati kehendak syariat Islam.

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa: "Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hakam Allah s.w.t.
Syariat Islam mempunyai ciri-ciri yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Berhubung kait dengan kepercayaan dan keimanan, hukuman atau balasan di dunia dan akhirat. Ia adalah untuk mengawal manusia agar tidak lari dari tujuan hidup yang sebenar. Berbentuk syumul dan menyeluruh menjadikan syariat Islam sesuai dan praktikal bagi setiap zaman.

Khamis, 17 Jun 2010

bola datang lagi~

hampir seluruh penduduk dunia hari ni menumpukan perhatian diorg pada afrika selatan...ada apa pada afrika??? afrika yang sinonim dgn kemunduran dan kebuluran...benua masyrakat berkulit hitam..tapi hari ni sume org duk tumpu kt sana selepas bertumpu kpd isu serangan isreal kpd kapal bantuan kepada penduduk gaza...gaza semakin dilupakan~

afrika selatan negara yg ada ramai org miskin, tapi dapat anjur piala dunia...hbt bukan??

piala dunia dah start...match round pn dah hbs...team yg nmpk hebat sumenya dah xhebat...sape yg sokong sepanyol, masih sempat lg nk tukar team lain...haha..

bagi peminat bola sepak, korg mesti baca web cerita piala dunia dari malaysia..bgs jgk bdk2 yg ulas pasal world cup kt web ni...paling best tulisan radzi tajuddin..die xtgk bola buukan sekadar bola yg disepak2 saje...best giler tulisan die...

tapi kalu korg nk yg agak sengal2 sikit, blog sokernet ni mmg layan...aku baca blog ni mase time epl dulu lg..skrg time WC, jd diorg ulas lak pasal WC..

world cup ni bgs jgk ada siaran waktu pagi...semangat la sikit nk bgn awl pagi...sambil2 tgk bola, boleh qiamullail dulu sblm n slps tu...tp jgn subuh lebur sudah la...