Rabu, 19 Ogos 2009

ramadhan dan ujian~

selamat menyambut ramadhan yg mulia....


terima kasih kpd beliau yg memberi ucapan dan kad ini~








result byk yg da kuar...

tahniah skali lg kpd sahabat2 yg dpt naik thn...

terutamanya kpd bdk2 amerika...
bulan ramadhan sudah semakin dekat...
siapkan diri mental dan fizikal...
puasa kne penuh..
br blh dpt duit raye....
sape yg nk bg duit raye kt mesir ni???
ramadhan di mesir...
kedai2 tepi jalan penuh dgn fanus
cmtu jgk kt umah2 org
rumah da jd warna warni
mcm ada majlis keramaian je
syeikh2 da byk yg keluar negara
dpt jemputan jd imam
sape yg nk jemput aku???
ramadhan di malaysia...
ramadhan belum msk lg
kt tv da riuh nk raye
mcm2 promosi raya ada
ape da jd pada negaraku??

2 exam yg perlu dihadapi bln pose nih....
cukup memenatkan....
tiada yg senang dlm belajar....
doakan smoga tempuhinya....
dan berjaya~
kwn2 ramai yg da blk mesia...
tiap2 hari dpt msg
bile ko nk blk???
jd blk x thn ni??
sempat blk raye x???
jwpn aku....
TIDAK MUNGKIN~
maafkn aku
bukan xnk blk...
tp perjuangan belum selesai dan perlu diteruskan
sedih tgk sahabat2 yg da blk....
tp lg sedih bile diorg blk cmtu je
konon nk suprise
klu aku kt mesia xpe la jgk....
siot je....
aku ditinggalkan~
sahabat yg plg baik da pulang
aku merinduimu......

Jumaat, 14 Ogos 2009

syukru lillah~

alhamdulillah...segala puji-pujian hanya untuk Allah....Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu...segala perencanaan hidup telah ditentukan oleh-Nya..qoda' dan qadar telah ditetapkan...hanya doa yg mampu mengubahnya....

tahniah buat sahabat2 yang da lulus sume...yg dapat jayid dan maqbul...jgn lupa buat kenduri sblm blk ni....

buat mereka yg senasib dgn aku....kita serupa...buntu..gembira bercampur sedih....harap bersabar dengan kejayaan yang masih tertangguh...kita masih ada misi yg perlu diselesaikan...5 september akan jadi penentu buat kita...kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha..mencuba untuk berjaya~

doakan kami.....

jangan bersedih....mungkin tuhan merancang sesuatu yg lebih baik untuk kamu dan kita semua...




terima kasih atas doa kalian semua~





Rabu, 12 Ogos 2009

mmg macho~

beliau telah diumumkan sebagai pemenang bagi pertandingan grafik macho utk EGP 09 baru2 ni...seronok giler rasenya...w/pn xde la hbt mane...tp cukup utk jadi johan...

GRAFIK PALING MACHO


kepada mereka yang xpuas hati....keputusan pengadil adalah muktamad...haha~

Jumaat, 7 Ogos 2009

aku menunggumu~

kini
ogos sudah hampir ke pertengahan
namun beliau masih belum muncul
hiba
bila mengenangkan
perjanjian yang pada awalnya ditunda
waktu bersilih ganti
hari bertukar hari
minggu berganti minggu
aku masih menunggu
hanya mampu untuk merenung ke luar tingkap
melihat dan memerhati
sebuah bangunan yang tersegam indah
berdiri megah di hadapan
disebalik jendela kaca
beliau belum muncul
masih bersembunyi
masih kosong
seperti hari-hari lalu
aku masih berharap
ianya akan muncul
seperti kenangan semalam
melihatnya
ketenangan dan kebahagiaan tercipta
segala duka menjadi indah
aku masih berharap
disebalik cermin kaca itu
sebelum diri ini pergi
bermusafir dan berkelana
aku menunggumu~




Khamis, 6 Ogos 2009

man of the match...

Firman allah: “Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali Imran 10)

Firman Allah swt ini menunjukkn bahawa umat Sayyidina Muhammad saw, iaitu kaum muslimin, sebagai umat yang terbaik di antara umat manusia di muka bumi....umat islam menjadi terbaik jika mempunyai syarat –syarat yg allah sebutkn dlm ayat diatas..
(1) Menyuruh kepada yang ma’ruf
(2) Mencegah dari yang munkar
(3) Beriman kepada Allah SWT

Dalam ayat yang lain…

Firman allah:
“Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat wasatha supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.” (al-Baqarah ayat 143)

Kalimat wasatha bermaksud yang terbaik...Imam Ibn Kathir: “Umat ini merupakan umat terbaik...Oleh itu Allah kurniakan kepadanya:
(a) syariat paling lengkap
(b) landasan paling kukuh
(c) pandangan yang jelas

Said Hawa berkata: Wasatha juga bermaksud ‘adil’....Justeru itu ummatan wasatha bermaksud umat terbaik lagi adil..

Dua ayat diatas jelas menunjukan bahawa umat islam adalah umat yang terbaik…

Sabda Nabi saw: “Kamu menggenapkan 70 umat yang diutus dan kamu adalah yang terbaik dan paling mulia dari kalangan mereka.”

Hadis ni adalah penjelasan dari Nabi SAW tentang kedudukan umatnya terhadap umat-umat nabi sebelumnya..Mereka menjadi terbaik kerana mereka memenuhi tuntutan ayat-ayat diatas…





Ahad, 2 Ogos 2009

bukan low class~

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. sabda Baginda bermaksud:

" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku."

alhamdulillah...kita sekarang berada didalam bulan Nabi kita iaitu bulan sya'ban, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan termasuk berbagai fadhilat yg dikrniakan kpd kita...

bagi mereka yang ingin bersiap sedia untuk menghadapi bulan ramadhan, pastinya sya'ban adalah antara bulan yang terbaik utk berpuasa...berbagai kelebihan dan ganjaran yang dikurniakan bg org yg berpuasa di bulan ini...

didalam bulan ini jugalah berlakunya satu peristiwa yg besar bg umat islam...peristiwa pertukaran kiblat dari baitul maqdis ke ka'bah yg menjadi kiblat umat islam hari ini...pertukaran kiblat adalah satu peristiwa yg sgt berat bg orang islam...bg org yg tidak mendapat petunjuk dr Allah pastinya mereka akan berpaling dr mengikuti Nabi SAW...mereka adalah orang2 munafik dan kaum yahudi yang pastinya akan mengingkari perintah Allah...mereka melontarkan berbagai persoalan yang bersifat mengejek dan sindiran ini adalah untuk mengelirukan org islam ...bagi sesiapa yg sering mentadabbur segala isi2 al-quran, pasti akan menemui segala peristiwa yg berlaku ini di dalamnya....

ada riwayat yang mengatakn bahawa peristiwa ini berlaku pada hari selasa (hari perTENGAHan dalam seminggu)...peristiwa berlaku pada waktu asar(waktu solat perTENGAHan dalam lima waktu)..diceritakan oleh Allah pada ayat yang ke 143 (ayat perTENGAHan surah al-baqarah)...

didalam ayat tersebut, diceritakan bahawa Allah swt telah menjadikan kita umat islam sebagai umat perTENGAHan..umat yang mengimbangi tuntutan dunia dan tuntutan akhirat...semuanya berada ditengah2 dan tidak perlu untuk berlebihan dalam satu2 perkara...

Nabi menyuruh kita untuk bersederhana dalam setiap perkara...bersederhana akan menjadikan kita seorang yang bersifat qanaah..merasa cukup dengan ape yang ada..

memang tidak dinafikan lg bahawa umat islam adalah sebaik-baik umat yang dijadikan Allah...

*adakah kita termasuk dalam umat pertengahan dan sebaik umat??