Ahad, 18 Julai 2010

syariat islam bhg.2

Apa itu Syariat Islam.

Syariat Islam adalah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya dalam perkara agama, atau apa yang digubal daripada agama dan diperintahkan untuk melakukannya seperti puasa, solat, zakat, haji dan segala amalan-amalan yang baik.

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain mempunyai hukum dan aturan, Syariat Islam juga mempunyai penyelesaian masalah dalam seluruh kehidupan ini. Maka bagi orang Islam, Syariat Islam merupakan panduan yang sempurna dalam seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan di dunia ini.

Perbezaan Di Antara Syariat Dan Fiqh:

Syariat adalah hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, juga daripada dalil-dalil lain seperti ijma’, qias. Manakala fiqh pula ditakrifkan sebagai satu ilmu yang berkaitan dengan cara untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak daripada dalil-dalil yang terperinci. Syariah adalah matlamat, manakala fiqh adalah jalan untuk mencapai matlamat itu.

Rabu, 30 Jun 2010

İslami şeriat

Agama Islam adalah satu agama fitrah. Agama yang diturunkan oleh Tuhan kepada seluruh umat manusia. Ianya diturunkan adalah untuk memanusiakan manusia dan seterusnya menjadikan matlamat penciptaan manusia itu menjadi satu realiti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku".

Manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini hanyalah bermatlamatkan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Pengabdian ini bukanlah hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Bahkan skop pengabdian ini adalah lebih luas dan ianya merangkumi segala aspek perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Segala pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah jika ianya menepati kehendak syariat Islam.

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa: "Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hakam Allah s.w.t.
Syariat Islam mempunyai ciri-ciri yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Berhubung kait dengan kepercayaan dan keimanan, hukuman atau balasan di dunia dan akhirat. Ia adalah untuk mengawal manusia agar tidak lari dari tujuan hidup yang sebenar. Berbentuk syumul dan menyeluruh menjadikan syariat Islam sesuai dan praktikal bagi setiap zaman.

Khamis, 17 Jun 2010

bola datang lagi~

hampir seluruh penduduk dunia hari ni menumpukan perhatian diorg pada afrika selatan...ada apa pada afrika??? afrika yang sinonim dgn kemunduran dan kebuluran...benua masyrakat berkulit hitam..tapi hari ni sume org duk tumpu kt sana selepas bertumpu kpd isu serangan isreal kpd kapal bantuan kepada penduduk gaza...gaza semakin dilupakan~

afrika selatan negara yg ada ramai org miskin, tapi dapat anjur piala dunia...hbt bukan??

piala dunia dah start...match round pn dah hbs...team yg nmpk hebat sumenya dah xhebat...sape yg sokong sepanyol, masih sempat lg nk tukar team lain...haha..

bagi peminat bola sepak, korg mesti baca web cerita piala dunia dari malaysia..bgs jgk bdk2 yg ulas pasal world cup kt web ni...paling best tulisan radzi tajuddin..die xtgk bola buukan sekadar bola yg disepak2 saje...best giler tulisan die...

tapi kalu korg nk yg agak sengal2 sikit, blog sokernet ni mmg layan...aku baca blog ni mase time epl dulu lg..skrg time WC, jd diorg ulas lak pasal WC..

world cup ni bgs jgk ada siaran waktu pagi...semangat la sikit nk bgn awl pagi...sambil2 tgk bola, boleh qiamullail dulu sblm n slps tu...tp jgn subuh lebur sudah la...

Ahad, 2 Mei 2010

penemuan baru...

salam alaik...satu perkongsian kepada anda semua...beberapa istilah-istilah fiqh yang telah lama wujud tetapi hanya aku yang baru tahu tentangnya..walaupun telah lama belajar tentang fiqh, tapi aku baru tahu tentang istilah-istilah ini..kesimpulannya adalah "AKU MESTI TERUS BELAJAR SUPAYA TAHU"...

secara ringkasnya tentang beberapa istilah ilmu fiqh dan bidang tugasnya:

1. qawaid fiqhiyyah : mengumpulkan segala perkara-perkara furu' dari pelbagai topik untuk dijadikan asas dalam menentukan hukum..contohnya: 'kayakinan menggugurkan keraguan'

2. dhowabit fiqhiyyah : mengumpulkan segala kaedah tetapi hanya pada satu topik. seperti bab solat jamak. maka akan dikumpulkan segala dalil-dalil yang memaklumkan tentang undang-undang dalam bab berkenaan.

3. nazoriyat fiqhiyyah : membincangkan dan merungkaikan tentang satu-satu topik berkenaan segala unsur fiqh yang berkaitan dengan topik tersebut. contohnya: dalam bab solat jamak. maka dibincangkan tentang rukun, syarat dan sebagainya dalam pelaksanaan solat jamak.

4. maqasid syar'iyyah : menceritakan tentang tujuan-tujuan dan hikmah dalam setiap hukum. contohnya: solat jamak dibolehkan adalah untuk memudahkan orang bermusafir.

5. qawaid usuliyyah : ianya lebih umum daripada qawaid fiqh. ia membincangkan tentang semua perkara. berbeza dengan qawaid fiqh yang hanya membincangkan berkenaan dengan hukum fiqh sahaja. bermula daripada qawaid usuliyyah inilah timbulnya fiqh dan seterusnya menimbulkan qawaid fiqh.

nazoriyat fiqhiyyah dan maqasid syar'iyyah bukanlah satu ilmu yang baru. akan tetapi ramai yang tidak tahu akan ilmu ini.

*aku sedang tertarik dengan nazoriyat dan maqasid

Rabu, 10 Mac 2010

izrail datang xbgthu~

salam alaik......

sejak dua menjak ni mcm2 da perkara yg berlaku kt aku...baik buruk susah n senang..tapi ada satu perkara yg btl2 menusuk kalbu...aku cuba utk mencari hikmah yg menyorok dalam kejadian2 tersebut...membuatkan sel2 dalam otak aku berfikir dan terus berfikir...

beberapa malam yg lepas, sebaik saja melangkah masuk ke dalam sebuah surau tiba2 aku terlihat sebuah whiteboard btl2 ada kt depan aku yg bertulis
"memadailah dengan kematian itu sebagai satu peringatan yg berguna"
(apa yang ada pada ayat ni?? fikir2kan.....)

kemudian toleh belah kiri pulak ada lagi satu whiteboard yg bertulis
"kematian itu datang secara mengejut dan tidak disangka"

aku tertunduk dan merenung ke lantai surau yg telah dihamparkan sejadah2 yg bewarna hijau itu...aku berfikir dan terus berfikir...

seminggu yang lepas, dalam masa seminggu sahaja aku terima 4 berita tentang kematian org kampung aku...walaupun ada yg aku xknl kerana mereka org2 lama kt kampung ni..tp bukan sbb tu aku xknl diorg..aku xknl diorg sbb aku br je duk kt kampung ni walaupun ni tempat aku lahir...huhu...

kes pertama: seorang pemuda yang tinggal selang 7 buah rumah dari rumah aku telah meninggal dan dikhabarkan berpunca dari sakit jantung..

kes kedua: seorang nenek yang tinggal lebih kurang selang 5 buah rumah kt depan rumah aku telah meninggal dunia kerana dikatakan sakit tua...

kes ketiga: seorang pemuda yang berusia lebih kurang 40-an yang tinggal di hujung kampung telah meninggal kerana sakit jgk..tapi aku xknl sape arwah ni..

kes keempat: mak kepada suami mak sedara aku yg duduk kt rumah die telah meninggal kerana sakit...

kes 1, 2 dan 3 meninggal pada hari yg same dan kes yg ke 4 meninggal selang 3 hari slps tu...

kenapa ye mereka meninggal dunia??
sebab malaikat datang cabut nyawa die..

knp diorg mati pada hari yang sama sedangkan diorg lahir hari lain2??
sebab Allah da suruh malaikat tu cabut nyawa mereka..

knp lps diorg meninggal, org jawab die meninggal sebab sakit itu dan ini??
sebab mereka lupa yang cabut nyawa tu malaikat bukan sakit mereka...

ada satu hadis yang panjang yang diriwayaatkan oleh saidina abbas r.a. antaranya dijelaskan bahawa malaikat izrail ni rasa sedih bile ditugaskan untuk mencabut nyawa2 manusia spt para rasul2 dan nabi, para2 wali dan org2 soleh kerana manusia ni akan benci kt malaikat ni sebab mereka akan kehilangan nyawa org2 yang mereka sayang dan cintai..maka diriwayatkan bahawa Allah swt berjanji akan menjadikan macam2 sebab yang akan mengakibatkan kematian tersebut sehingga org lupa untuk mengaitkan kematian itu dengan malaikat izrail...

tapi apa2pn sebabnya, hakikatnya mati itu datang dari tuhan..Allah lah yang maha berkuasa...malaikut tu hanyalah sebagai tentera Allah yang hanya menjalankan tugasnya sahaja..

apabila berlaku kematian, silalah berziarah ke rumah keluarga simati dan ucapkanlah takziah kepada mereka...solatlah jenazah2 mereka dan ikutlah ke kubur untuk tanam mayat itu...bila kita tgk kt jenazah yg kena tanam tu, same2la kite fikir cmner agaknya aku nnt...blh lepas ke seksa kubur ni...huh...cmner skalipn kite kt dunia ni, last2 kena kambus dalam tanah jgk...xkemana pn..

makanya:
"bertaubatlah sebelum terlambat"

Jumaat, 5 Mac 2010

melepak, memerhati dan......

assalamualaikum...slmt pg dan salam satu malaysia....

pekejadahnye salam satu mesia pn aku xthu...tapi tu la bende yg aku duk dgr kt mesia ni tiap2 hari bile org nk bace berita...rase nk je msk dlm tv tu hempuk kpla die...xde dlm hadis nabi pn sruh bagi salam satu mesia tu....bg je la assalamualaikum...haha..free2 je dpt phla...bknnye ssh pn nk dpt phla ni...yg pntg sucikan la niat dihati, hingga nyata benarnya janji rabbi...(mcm penah dgr je lagu ni)

"hidup perlu ada padanya niat, maksud, berfikir dan matlamat..bermulanya niat dengan jiwa yang tenang...ketenangan datangnya dari hati yang suci"

da sebulan rupanya aku kt mesia ni...huh..da lame rupenya...rase mcm smlm br aku smp mesia....mesia da byk berubah...mase duk kt mesir yg aku tahu landskap politik mesia je yg berubah...sbb tu la timbul satu mesia...kt mesir duk dgr satu fikrah satu amal je....kt mesia pn nk satu jgk...nape sume org nk no satu je...cube la amik no 2 ke 3 ke...ni sume angkara sume org berebut nk jadi org no 1 kt mesia la ni....yg belah sane tu kononye nk jd juara rakyat...tp hampeh...hanya mereka je yg kaya...stadium runtuh pn xbaiki2 lg...puak yg satu lg lak xhbs2 duk hentam pimpinan sendiri...knp ek??pimpinan yg cr psl kot..pndai2 lakorg ek..sng2 je tlg musuh nk hncurkn geng sndiri....xthu la nk ckp cmner....sape yg bersalah???


perak yang bermasalah~

bermasalah dgn org yg belajar agama..nk marah xsampai hati...nnt kang dikatenya kurang ajar...xhormat guru...tp cmtu r...nk telan mati bapak, nk luah mati anak..oleh kerana aku xde anak lg, jd aku luahkn je...lantak r...kalu senyap je smpai bile pn xselesai...

ni kes org buat keje lepas tgn...knp xde sape yg nk bertanggungjawab???yg jd mangsanya kami...pelajar2 kamu...mase hbs, duit pn hbs...tp xde hasil...sembang lebat je..tp haram~ xde pe...time tu la segala jampi2 dan sumpah seranah dah kuar dek kerana syaitan dah menguasai diri (maaf ye ust2 sekalian)..huhu...time org tgh mrh sng je ko ckp sruh org bersabar..tapi bile da kne diri sendiri pn xdpt kawal...ish3..manusia2...

tapi setiap mslh tu ada penyelesaian die..setelah penat bersabar dan hbs kredt phone, akhrnya sinar harapan telah muncul...penyelesaian semakin hampir tinggalnye nk bertindak je...huh..hbs lg duit aku beli topup~


kacip fatimah cap org kampung~

ni bukan nk promote kacip fatimah..aku xjual bende2 tu apatah lg nk minum benda2 tu(sbb aku ni org laki)...bkn jgk nk cite psl kacip fatimah: kelebihan, khasiatnya dan kesan2 terhadap pembangunan insan...tp aku nk cerita pasal org2 kampung..aku da jadi org kmpg...sblm ni org bandar ke?? haha..

org kg ni sifat die jenis jaga tepi kain org..bgs jgk kadang2 sbb dpt tahu n knl jiran tetangga...tapi yg jd mslhnya, diorg ni jaga sampai dlm kain org...jaga yg kt tepi sudah ler...benda dlm2 ni jgn dikacau...porak peranda jadinya nnt..lagi satu kalu da nk jaga sgt tu jgn la kecoh2 smp yg buruk org pn nk diberitahu..kalu blh nk satu kg ni tahu...

bila org laki da pegi kerja, maka bermulalah mesyuarat tingkap sambil membuat ketupat...kemudian bermulalah episod menjajanya ke rumah2..aku pn naik hairan...masih wujud lg ke org2 sebegini di zaman skrg ni...rupa2nya kt kg ni mulut2 cmni lg laju dr internet~

sekian~