Khamis, 24 Disember 2009

pengemis sepenuh masa~

ditengah2 kebosanan di hari rabu..sambil2 cari job kt tenet..tiba2 muncul sorg member beri majalah sambil berkata: "ko buat je keje ni...mulia ape..baca cerita ni"
alkisah seorang pemuda sedang menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang mengaibkan itu...

"wahai saudaraku, berhentilah kamu daripada menjadi pengemis...kau masih sihat dan kuat."

"apa? saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? dalam satu hari saya perlu berjalan ke hulu ke hilir sana sini..selagimana ada manusia, ke situ lah tempat perlu aku pergi...kalau saya tidak sihat dan kuat, saya tak akan mampu untuk ke sana sini, tak dapat tahan hujan panas ribut petir semua," jawab pengemis.

"mengemis ini kerja hina dan hilang maruah diri."

"siapa cakap hina? nilah kerja yang paling mulia....dengan sebab saya jadi pengemis, orang lain dapat pahala bersedekah....saya juga dapat pahala sabar bila orang mencaci saya...dapat pahala syukur bila orang memberi sedekah....hinakah lagikah itu? saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya...hina juga ke?"


*apa lagi nk ckp kalu da jumpa org camni...~

malas adalah satu dosa

Tiada ulasan: