Rabu, 30 Jun 2010

İslami şeriat

Agama Islam adalah satu agama fitrah. Agama yang diturunkan oleh Tuhan kepada seluruh umat manusia. Ianya diturunkan adalah untuk memanusiakan manusia dan seterusnya menjadikan matlamat penciptaan manusia itu menjadi satu realiti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku".

Manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini hanyalah bermatlamatkan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Pengabdian ini bukanlah hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Bahkan skop pengabdian ini adalah lebih luas dan ianya merangkumi segala aspek perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Segala pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah jika ianya menepati kehendak syariat Islam.

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa: "Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hakam Allah s.w.t.
Syariat Islam mempunyai ciri-ciri yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Berhubung kait dengan kepercayaan dan keimanan, hukuman atau balasan di dunia dan akhirat. Ia adalah untuk mengawal manusia agar tidak lari dari tujuan hidup yang sebenar. Berbentuk syumul dan menyeluruh menjadikan syariat Islam sesuai dan praktikal bagi setiap zaman.

Tiada ulasan: