Rabu, 8 April 2009

perjuangan yg teruji...

Salamullahialaikum….

Bismillah + Alhamdulillah….

Selawat dan salam serta pujian keatas baginda Nabi dan Rasul junjungan Muhammad SAW serta para sahabat - ridwanallahualaihim ajma`in - dan para pejuang agama Allah dan sahabat2 sekalian…

Alhamdulillah. Kemenangan telah tiba. Tibanya ia dengan semangat, usaha serta doa yg tidak putus2. Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Namun, dengan senjata sahaja tidak mampu untuk mengalahkan para musuh. Kita memerlukan segala2nya. Peluru untuk menembak, penembak juga untuk menembak, maintenance untuk up to date dan sebaginya. Begitulah juga dalam kehidupan ini. Konsep usroh menerangkan segala2nya.

Kita memerlukan oksigen untuk bernafas, oksigen datangnya dari pokok2, hidupnya pokok itu adalah dari air yg datangnya dari hujan, hujan yg turun adalah dari awan2 yg telah dipenuhi air2 yg datangnya dari laut. Satu bentuk kerjasama yg menarik. Ulama’ ada berkata “untuk menghasilkan sehelai baju, kita memerlukan sekurang2nya 40 orang” . Tentunya dalam hidup ini kita tidak mampu untuk menghadapi sesuatu perkara secara berseorangan. Mampukah kita untuk membina sebuah rumah secara berseorangan?? Mampukah kita untuk belajar tanpa adanya seorang guru?? Tentunya tidak.

Tetapi jumlah yang ramai itu tidak semestinya dapat mengalahkan yg sedikit itu. Perang Badar telah membuktikannya. Ramai tidak bermakna anda hebat, tetapi sidikt juga tidak bermakna anda lemah. Segala2nya memerlukan perancangan.

“Kebenaran yang tidak perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang penuh dengan perancangan”.

“Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup yang jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat”.

Seluruh aspek kehidupan kita memerlukan kepada perancangan. Perancangan hidup, belajar, berumahtangga, bekerja dan sebagainya. Gagal merancang, merancang kegagalan. Perancangan yang teliti disertai dengan perlaksanaan yang cermat dapat menghasilkan satu natijah yang baik.

Disebalik perancangan itulah kita memerlukan segala2nya. Kerjasama, tenaga, usaha, semangat, doa dan sabagainya dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini.

~semoga diberikan kekuatan untuk menghadapinya~

.::solo fighter::.


Tiada ulasan: