Khamis, 2 April 2009

10 jalan untuk syaitan menguasai hati manusia...

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

10 jalan untuk syaitan menguasai hati manusia...

Suburkanlah diri dengan iman sebagai perisai tangkis godaan lakukan maksiat. Keterbukaan manusia yang mengundang kehadiran syaitan dalam dirinya, ada kaitan dengan sifat mazmumah yang menjadi amalan kehidupan seharian. Melalui pelbagai perbuatan maksiat dalam sedar atau tidak, sebenarnya menyediakan ruang syaitan menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, individu sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.

Hati, organ istimewa dan paling penting kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia. Maka, berlumbalah syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia supaya melanggar segala perintah Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121).

Nabi SAW bersabda yang mafhumnya: “ Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh isinya. Dan apabila ia buruk, maka buruklah segalanya. Ianya adalah hati.”

Beruntunglah manusia yang berupaya menangkis segala godaan syaitan dan terselamatlah mereka daripada azab api neraka jahannam.

Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 jalan:

1. Sifat sombong dan angkuh. Dua sifat yg mudah utk wujud dlm diri manusia. Wujud disebabkn ego dan juga kekayaan. Merasakan bahawa dialah yg paling power.

2. Bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan betul seperti zakat dan sedekah. Harta xakan berkurang dgn sedekah. Bakhil dan kedekut terjadi kerana bersifat keduniaan. Mencintai dunia yg sementara melebihi cinta akhirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dgn bersedekah.”

3. Takbur dan bongkak. Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Kemewahan dan kesenangan menyebabkn mereka berasa takbur. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)


4. Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat. Tidak amanah juga adalah satu perbuatan yg khianat.

5. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Ilmu perlu dicari dan diamalkan. Darjat org yg berilmu lebih tinggi kedudukannya disisi Allah berbanding dgn org yang jahil. Orang alim lebih mulia daripada seorang ahli ibadat. Rasulullah SAW selalu menasihati para sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Hasad dengki. Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Dengki terhadap orang lain dan akan mendorongnya utk melakukan perbuatan yg keji. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim).

7. Meremehkan orang lain. Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim).

8. Sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Suka berangan-angan. Islam antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehinya.

10. Buruk sangka. Mertabat yang paling rendah dlm persahabatan ialah berbaik sangka. Buruk sangka dan suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim).

Tiada ulasan: