Ahad, 17 Mei 2009

.::masa untuk EXAM::.

dalam hidup ni xde benda yg senang..macam2 cabaran dan dugaan yang datang...tapi untuk teruskn hidup, nk xnk kne la tempuh sume benda2 tu..berjaya ataupun tidak, tu cerita lain...

hidup ini ujian...ujian akan datang dgn bermacam2 cara..jika kita seorg pelajar, ujian paling besar untuk kita adalah EXAM..cabaran yang perlu ditempuh untuk mengatahui sejauh mana kemampuan kita..

kita akan dianggap sebagai hebat jika kita dapat melepasi ujian tersebut...tetapi jika kita gagal, tidak bermakna kita tidak hebat..bukan semua yang berjaya dalam exam mempunyai ilmu yang cukup tinggi..kadangkala yang gagal itulah lebih berilmu..

exam merupakan salah satu cara untuk kita belajar dengan lebih hebat...ketika exam, kita akan menggunakan sepenuh masa kita untuk menghadap buku..pagi petang siang malam hidup dengan buku...buku adalah segala-galanya..tetapi keadaan itu hanyalah ketika fatrah exam sahaja..itulah hakikatnya...

buku-buku setebal 200-300 halaman akan direbus, diperah dan diminum airnya semata-mata untuk dimuntahkan kembali di dalam dewan exam...maka akan penuhlah kertas-kertas jawapan dengan muntahan-muntahan air rebusan buku...

disitulah kehebatan anda diuji...tetapi amatlah menyedihkan bilamana terdengar kata-kata seperti:

"aku malas la nk exam...aku datang sni nk belajar je...xnk exam"

"exam tu ape la sgt...stakat untuk dapat sijil..bukannya blh bwk masuk syurga pn sijil tu"

"aku da xleh nk tumpu exam r..asyik fikir nk blk mesia je"

agak menyedihkan bila kalam-kalam ini dituturkan..tetapi itulah hakikatnya..dan kesabaran pastinye teruji lagi bila mendengarkan perihal pulang ke malaysia...namun itu bukanlah perkara yang utama...paling utama adalah bagaimana cara yang boleh aku buat untuk lulus exam dan seterusnya balik ke malaysia..

jalannya sudah ada untuk kita dan masanya sudah pun tiba..ape yang perlu dilakukan adalah

STUDY

maka, silalah kembali kepada meja study anda dan teruskan usaha anda untuk berjaya~


*peringtan buat muhasabah..Sedarlah....kita tidak dilahirkan kerana kebetulan.. kita memang dilahirkan atau diutuskan oleh Allah dengan situasi yang penuh tribulasi masakini.. kitalah orangnya.. kitalah rijalnya.. Jika tidak merancang untuk menuntut ilmu,sebenarnya kita merancang untuk menjadi jahil.. Kalau kita tidak merancang untuk kesyurga,kita menempah neraka.. Kalau kita tak merancang untuk meningkatkan keimanan,sebenarnya kita merancang untuk meningkatkan kekufuran..

2 ulasan:

hidup ujian berkata...

"aku malas la nk exam...aku datang sni nk belajar je...xnk exam"

"exam tu ape la sgt...stakat untuk dapat sijil..bukannya blh bwk masuk syurga pn sijil tu"

"aku da xleh nk tumpu exam r..asyik fikir nk blk mesia je"
aku penah cakap mende2 nie x daus?
hidup ujian... kan...

akmaa berkata...

Biasa la exam...
malas ke rajin ke..kena hadapi gak..
dah alang2 perlu amik exam.. pe salahnya lau kita tumpukan perhatian untuk study kan??
klau xkuar pe yg kita baca, kurang2 dapat ilmu...
GOOD LUCK exam..
Hope balik MALAYSIA ngan keputusan yg cemerlang nnt..