Khamis, 6 Ogos 2009

man of the match...

Firman allah: “Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali Imran 10)

Firman Allah swt ini menunjukkn bahawa umat Sayyidina Muhammad saw, iaitu kaum muslimin, sebagai umat yang terbaik di antara umat manusia di muka bumi....umat islam menjadi terbaik jika mempunyai syarat –syarat yg allah sebutkn dlm ayat diatas..
(1) Menyuruh kepada yang ma’ruf
(2) Mencegah dari yang munkar
(3) Beriman kepada Allah SWT

Dalam ayat yang lain…

Firman allah:
“Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat wasatha supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.” (al-Baqarah ayat 143)

Kalimat wasatha bermaksud yang terbaik...Imam Ibn Kathir: “Umat ini merupakan umat terbaik...Oleh itu Allah kurniakan kepadanya:
(a) syariat paling lengkap
(b) landasan paling kukuh
(c) pandangan yang jelas

Said Hawa berkata: Wasatha juga bermaksud ‘adil’....Justeru itu ummatan wasatha bermaksud umat terbaik lagi adil..

Dua ayat diatas jelas menunjukan bahawa umat islam adalah umat yang terbaik…

Sabda Nabi saw: “Kamu menggenapkan 70 umat yang diutus dan kamu adalah yang terbaik dan paling mulia dari kalangan mereka.”

Hadis ni adalah penjelasan dari Nabi SAW tentang kedudukan umatnya terhadap umat-umat nabi sebelumnya..Mereka menjadi terbaik kerana mereka memenuhi tuntutan ayat-ayat diatas…





Tiada ulasan: