Ahad, 18 Julai 2010

syariat islam bhg.2

Apa itu Syariat Islam.

Syariat Islam adalah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya dalam perkara agama, atau apa yang digubal daripada agama dan diperintahkan untuk melakukannya seperti puasa, solat, zakat, haji dan segala amalan-amalan yang baik.

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain mempunyai hukum dan aturan, Syariat Islam juga mempunyai penyelesaian masalah dalam seluruh kehidupan ini. Maka bagi orang Islam, Syariat Islam merupakan panduan yang sempurna dalam seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan di dunia ini.

Perbezaan Di Antara Syariat Dan Fiqh:

Syariat adalah hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, juga daripada dalil-dalil lain seperti ijma’, qias. Manakala fiqh pula ditakrifkan sebagai satu ilmu yang berkaitan dengan cara untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak daripada dalil-dalil yang terperinci. Syariah adalah matlamat, manakala fiqh adalah jalan untuk mencapai matlamat itu.

Tiada ulasan: