Ahad, 19 April 2009

pemikiran yg -ve

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

bile aku bace ni, baru ku tahu...jadikan ianya sbg muhasabah bg kita dalam memajukan diri kite...smoga ia bermanfaat bg kita semua...

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.
9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.
10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.
13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.
17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan cemana rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika Anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.

Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk Anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada Anda, itu tandanya Anda kena berubah kalo Anda nak ada kemajuan dalam hidup.

Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata Anda sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram..betul tak? Hehe..

Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.

just copy n paste dari imotivasi...malas nk tulis...





5 ulasan:

hidup ujian berkata...

betul tu daus.. kadang2 kite hentanm orang sampai nak mampos, padehl silap cket jer..
kite pk kite da bagus sangat, padehl lbh kurang die je..
kite sll nampak klemahan kawan kite, pas2 kite terus jatuh'n die.. kite xtau yg kite pun lemah, hanye dgn smangat akwan kite td kite blh membina kekuatan...

4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.aku seorang yg suke hentam ko dpan2 jer... hahaha...
- Caroi giler Arsengal ko kalah dgn Chelsea malam td.. lps pluang jmpe MU kat final nt.

- tukar la dl favicon Arsengal ko 2, smentara crite kkalahan nie tgh panas... pas 2-3 minggu nt buh la balik. wawawa...

Qurrata 'Ayun berkata...

wah, byk kene majukan diri ni. insyaAllah ^_^


4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang. - I guess, unless kritikan itu membina, mungkin +ve kot.e.g - jika politician buat salah, xkan nk biar kan.

:)

salam ziarah!

firdausahmad berkata...

bgs2..smoga kite sume dpt memajukn diri kita semua..menjadikn kita sbg umat terbaik yg diturunkn ke atas manusia...

to PrinCeSs NuR: like father like son :) politician (terutamanya UMNO) adlah sgt2 digalakkn utk mengutuk mereka atas sbb2 tertentu...hehe..

anda lihatlah komen dari p.u.j.a.a.n.s.e.7.e.n™...adakah ianya membina?? pastinye tidak...haha~

hidup ujian berkata...

hahaha... ko macam mara kat aku jer daus. lex la...
kritikan aku 2 hanya gurauan semata2... klu terlampau pedas, ko buat je sambal belacan...
klu terlampau pahit, kau anggap jer sebagai ubat...

firdausahmad berkata...

uik...mane ada aku marah ko...ko trase pedas ke?? buat je la smbl blacan...haha~ ko xthu ke smlm hr plg gembira buat aku (MU kalah)..mane blh mrh2..