Khamis, 16 April 2009

.::pisang yg busuk::.

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

ni ada satu cerita utk kamu...

Fatimah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Fatimah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Fatimah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Fatimah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Fatimah.

Fatimah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

moral of the story:
  • jangan simpan pisang lame2 dlm beg.
  • sedekah pisang tu kt kwn...br dpt pahala...xbaik kedekut.
  • kalu xpuas hati dgn member, bgthu je...jgn simpn dlm hati....nt jd busuk mcm pisang dlm beg...
tp yg jd mslhnye kalu kwn tu buat xfhm je...org gune ayt kiasan utk jaga hati die..tp lain lak jdnye...da besar2 pn nyusah kt og lg...huh~ sabo je la...tp smp bile nk kne sabo...hanya tuhan je yg thu...ingatlah bahawa tuhan bersama dgn org2 yg sabar...tp jgn duk ngumpat lak...xpsl2 dpt dosa...pape pn elok terus trg je...klu kesian kt die (berhati mulia), aku cadangkn gune la org tgh...tu je jalan terbaik...semoga berjaya~

2 ulasan:

Balqis berkata...

Salam alaik...

Daripada simpan sampai busuk, buat cekodok pun sedap.... at least boleh makan, dan tak membazir, huhu...

firdausahmad berkata...

btl jgk tu...xpn pegi sedekah je kt masjid mcm org buat tiap2 hari jumaat tu..hehe