Jumaat, 7 Ogos 2009

aku menunggumu~

kini
ogos sudah hampir ke pertengahan
namun beliau masih belum muncul
hiba
bila mengenangkan
perjanjian yang pada awalnya ditunda
waktu bersilih ganti
hari bertukar hari
minggu berganti minggu
aku masih menunggu
hanya mampu untuk merenung ke luar tingkap
melihat dan memerhati
sebuah bangunan yang tersegam indah
berdiri megah di hadapan
disebalik jendela kaca
beliau belum muncul
masih bersembunyi
masih kosong
seperti hari-hari lalu
aku masih berharap
ianya akan muncul
seperti kenangan semalam
melihatnya
ketenangan dan kebahagiaan tercipta
segala duka menjadi indah
aku masih berharap
disebalik cermin kaca itu
sebelum diri ini pergi
bermusafir dan berkelana
aku menunggumu~




2 ulasan:

is selamba berkata...

ape y ditunggu nye???
hmmmm ???

firdausahmad berkata...

erk...
tggu natijah lor...
xkuar2 lg nih...