Ahad, 2 Ogos 2009

bukan low class~

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. sabda Baginda bermaksud:

" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku."

alhamdulillah...kita sekarang berada didalam bulan Nabi kita iaitu bulan sya'ban, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan termasuk berbagai fadhilat yg dikrniakan kpd kita...

bagi mereka yang ingin bersiap sedia untuk menghadapi bulan ramadhan, pastinya sya'ban adalah antara bulan yang terbaik utk berpuasa...berbagai kelebihan dan ganjaran yang dikurniakan bg org yg berpuasa di bulan ini...

didalam bulan ini jugalah berlakunya satu peristiwa yg besar bg umat islam...peristiwa pertukaran kiblat dari baitul maqdis ke ka'bah yg menjadi kiblat umat islam hari ini...pertukaran kiblat adalah satu peristiwa yg sgt berat bg orang islam...bg org yg tidak mendapat petunjuk dr Allah pastinya mereka akan berpaling dr mengikuti Nabi SAW...mereka adalah orang2 munafik dan kaum yahudi yang pastinya akan mengingkari perintah Allah...mereka melontarkan berbagai persoalan yang bersifat mengejek dan sindiran ini adalah untuk mengelirukan org islam ...bagi sesiapa yg sering mentadabbur segala isi2 al-quran, pasti akan menemui segala peristiwa yg berlaku ini di dalamnya....

ada riwayat yang mengatakn bahawa peristiwa ini berlaku pada hari selasa (hari perTENGAHan dalam seminggu)...peristiwa berlaku pada waktu asar(waktu solat perTENGAHan dalam lima waktu)..diceritakan oleh Allah pada ayat yang ke 143 (ayat perTENGAHan surah al-baqarah)...

didalam ayat tersebut, diceritakan bahawa Allah swt telah menjadikan kita umat islam sebagai umat perTENGAHan..umat yang mengimbangi tuntutan dunia dan tuntutan akhirat...semuanya berada ditengah2 dan tidak perlu untuk berlebihan dalam satu2 perkara...

Nabi menyuruh kita untuk bersederhana dalam setiap perkara...bersederhana akan menjadikan kita seorang yang bersifat qanaah..merasa cukup dengan ape yang ada..

memang tidak dinafikan lg bahawa umat islam adalah sebaik-baik umat yang dijadikan Allah...

*adakah kita termasuk dalam umat pertengahan dan sebaik umat??

2 ulasan:

pujaan berkata...

ko da pose sunat ke belum bulan nie daus?

firdausahmad berkata...

aku tgh pose r ni~
nnt ko buat r majlis iftor..