Selasa, 8 September 2009

mencari hikmah~

"Setiap mukallaf memiliki kehendak, ikhtiar dan kemampuan. Sementara yang menciptakan kehendak, ikhtiar dan kemampuan tersebut adalah Allah Azza wa Jalla. Maka tidak mungkin seorang makhluk memiliki kehendak kecuali dengan kehendak Allah..."

kita adalah seorang yang beragama islam, baligh dan berakal..bermakna kita adalah seorg mukallaf..setiap mukallaf memiliki kehendak..kita hendak makan, tido, main, belajar, berkehendak kpd ilmu dan hendak berjaya dalam exam..tetapi semua kehendak itu kenalah disertai dengan ikhtiar...kita berikhtiar, kita berusaha, kita mencuba untuk berjaya sesuai dengan kadar kemampuan diri kita..hanya kita yang mengetahui sejauh mana kemampuan diri kita...

jika kita berkehendak kepada berbuat kebaikan, Allah akan menciptakan keinginan tersebut dlm diri kita...mcm tu jgk sebaliknya...sesungguhnya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu dan Allah juga tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 sahaja....setiap yg berlaku itu pasti ada hikmah yg tersembunyi kerana "hikmah adalah merupakan sebab atas sesuatu perkara.."



sekian sahaja peringatan untuk hari ni...yang baik itu dtg dari Allah dan yang buruk itu dtg dari kelemahan diri saya sendiri walaupun hakikatnya semua adalah daripada Allah ^_^

*sedang mencari hikmah yg tgh menyorok~



Tiada ulasan: