Sabtu, 21 Mac 2009

bersedia utk berdepan dgn yg t'buruk...

salamullahialaikum...

bismillah + alhamdulillah...

artikel ni kwn aku yg bg (trime ksh kpd beliau)...jd aku ltk kt sni utk kte kongsi bersama..moga2 kte dpt amik istifadah..

Bersedia untuk berdepan dengan yang terburuk...

Bersedia untuk berdepan dengan yang terburuk. Kita memang patut mengunjur yang terbaik tetapi bersedialah untuk menerima yang terburuk.

Apabila Anda terlalu mengharapkan kebaikan, Anda akan terkejut apabila tiba-tiba menemui keburukan yang tak disangka-sangka datangnya. Apabila Anda terlalu yakin Anda akan patah semangat melihat kegagalan. Kita boleh bersedia untuk menjadi cemerlang dan hebat tetapi kita juga perlu bersedia untuk mendepani yang terburuk. Jadi, bersedialah sentiasa ya.

Anda yakin dengan seseorang. Semestinya Anda yakin dia baik dengan Anda. Kata-katanya lembut, melambangkan hatinya yang bersih. Anda terpesona dengan peribadinya. Bagi Anda, dia seorang pakar yang tidak mungkin akan bermasah dalam menyiapkan kerjanya, sebab dia pakar!

Maka suatu hari Anda menyerahkan tugas kepadanya, kata Anda, "Buatlah, aku tahu jadinya saja". kepercayaan Anda terhadapnya amat padu, kerana adalah seorang pakar pada pandangan mata Anda. Sesudah itu, Anda melupakan kerana Anda yakin, dia tahu buat kerjanya.

Tiba masanya untuk Anda melihat hasil kerjanya, Anda dapati apa yang dijangka meleset sama sekali. Hasil kerja seseorang yang Anda sangat percaya rupanya tidak semana. Anda amat kecewa. Mengapa?

Sebab Anda meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Unjuran Anda terhadap dirinya menggunung dan Anda tidak bersedia untuk menerima yang terburuk atau yang ala kdar, bawah lagi daripada ekspektasi Anda. Tiba-tiba hasil cemerlang yang Anda nakkan seperti yang Anda jangkakan menjadi amat buruk. Kesannya, Anda jadi kecewa sungguh!

Pengajaran dari situasi ini - ketika sedang bersedia menerima yang terbaik, bersedialah untuk mendepani sesuatu yang buruk, bahkan ready untuk mendepani yang terburuk! Anda perlu ada pelan A dan pelan B. jika pelan A tak menjadi, masih ada plan B sebagai back-up...

Tiada ulasan: